Sunday, March 15, 2009

welcome....

hallooo..
actually this is my .... blog..
utk blog ni aku nk jd anonymous..kenape??
nanti la aku cerita kenapa..so ..for those who know who i am...
please keep your mouth off!!!hehehhe...
lagipon aku nk try rase betapa indahnya jadi org yang tak dikenali...
-ayat penyata ditulis di kala aku merasakan..i'm the vogue frontpage cover...
i'm the owner of tuuuuuuut.livejournal.com..
ade link aroun 70++
blog hit until from june 2007 to 14/3/2009 = 20000++
bole la..
tujuan aku ade blog anonymous
1. utk kutk org..from my bottom of my heart okeh..hahaha...aku
nk kutuk bnda2 yg betul2 je..contohnya...bila classmate aku tanya dia cantik tak ..
but the true is dia mcm mak lampir!!!!
2. menyatakan rase tak puas hati aku...ye la aku kdang2 tak puas ati ngn org..so aku bole la
kutuk pada blog aku..aku dulu ade la sorang yg aku anggap bestfriend..selalu citer mcm2 ngn dia..
tak ku sangka dia ni pg citer ngn semua org...sungguh longkang mulut anda!!!

ade la komen aku terima mase aku aktif livejournal..yg cakap dia suka aku punya blog...
so aku nk link kan blog aku ngn dia..sambil bertanya..best tak blog aku???

satu lagi..tempat aku belajar ni mcm jin bertendang tempatnya..intenet pon tak..
mcm sialkan!!tp stiap sem soh aku byar yuran internt..adilkah??
dulu ade la mpp yg konon2nya nk perjuangkan hak student..
tapi semua mcm haram!!!pegi jalan2 je kejanya...

so blog ini akan di updatekan secara berkala...peace!!!
klu korang perasan..nanti blog ni tak kan sekeping pon ade gambar aku??
kenape??aku nk bosan!!!haahah..aku kn nk jd anonymous..huhu..
aku serabut, rimas, muntah darah tanpa henti melihat budak-budak yang
baru nak "up" dengan gambar-gambar yang sangat, sangat memualkan. buweeek...
Dan nyatanya, TIDAK.
Mereka turut juga punya blog! Kambingan. Sungguh aku sangat meluat dengan segala itu.
Sila lah jauhkan diri kamu dari aku jika kamu salah satu dari mereka yang telah aku sebut di atas.
Sesungguhnya, nawaitu aku disini adalah kerana mahu sesuatu yang lain dari perkara-perkara tipikal tersebut.
Dan sini aku menambah, cacatan di atas adalah untuk budak-budak sekolah yang baru mahu mengenali dunia blog
setelah penangkapan Raja Petra.
JELEK!!!!

Minat aku terhadap bidang penulisan adalah sejak aku mula belajar subjek Bahasa Melayu Karangan.
Setiap kali untuk peperiksaan itu, aku akan tibai habis-habis. Dari sekolah rendah sehingga menengah,
Bahasa Melayu aku sentiasa tak dpt A. Tidak kisah lah itu ujian ke, peperiksaan semester ke, percubaan ke,
aku akan sedaya upaya untuk dapat A...Tp tak jugak.... Tapi sewaktu tingkatan 4 dan 5, aku bukan di dalam aliran Sastera.
Aku tidak tahu langsung tentang Sastera. Termasuk lah Arts. Kalau ada apa-apa tentang Arts, cikgu akan cari aku.

Penulisan dan blog, agak sinonim. Blog boleh dikategorikan seperti diari untuk kita, bloggers. Tapi..
sejak-sejak ini, perasaan aku kurang senang dengan sesuatu. Aku dapat rasakan, TUUUUUT.LIVEJOURNAL semakin dikenali ramai
(bukan riak ya) Betul. Aku tak tipu. Pernah seorang kakak sENIOR bertanyakan aku,

"TUUUUUT.LIVEJOURNAL itu, kau punya blog?,"

Telan air liur.

*sedang mendengar : Cigarette Smoke, Arctic Monkeys*

Bukan aku tak suka. Bukan aku seperti baling batu, sorok tangannya.
Cuma, hanya disini mampu aku meluahkan rasa. Aku tidak mahu lah ada yang terasa.
Sebab itu sebelum ini, aku lebih selesa untuk menjadi anonymous. Tidak ada tayang rupa wajah sebenar aku.
Cukuplah hanya mereka yang mengenali aku tahu tentang blog ini.
Cukuplah kalau hanya kita antara bloggers bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Lebih mengejutkan,
suatu hari aku mendapat email.

"Blog kau best," aku tidak kenal siapa.
"Dari mana kau tahu blog ni?," aku.
"Kawan aku yang email kan blog kau," aku tidak kenal siapa.

Dan rupanya blog aku sudah dibuat email berantai. Hmmm. Dan difikir semula, tidak mengapalah.
Beri saja izin baca. Tidak salah berkongsi rahsia. Baru rahsia kecil sahaja. Rahsia besar, ada blog sendiri dalam hati.
Tiada siapa tahu kalau blog hati sudah di private kan.

Cuma satu, jika ada penulisan di sini yang buat kamu terasa, aku mohon maaf. Terus terang,
aku jadikan disini tempat mengadu aku, tempat aku mencarut, tempat aku memaki dan tempat pembuangan hati.
Jangan ambil hati ya. Minta maaf jika ada sebarang penulisan yang buat kamu semua sentap.

Rasa seperti mahu private, tapi?
Hmmm.
UNTUK SEMUA : Aku tidak akan private kan blog . Terima kasih untuk
kata-kata sokongan. Aku hanya pengcerita blog yang sederhana. Terima kasih kerana membaca. Jangan terlalu memuji
aku melangit, takut tidak sedar apa yang aku masih pijak di tapak kaki :)

No comments:

Post a Comment